Saturday, November 19, 2005

Pendidikan Rendah

  1. Pendidikan Rendah bermaksud kursus pengajian pada peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh enam tahun , tetapi yang boleh tamat diikuti dalam tempoh antara lima (5) hingga tujuh (7) tahun (seksyen 29)
  2. Memperkenalkan satu pendekatan yang lebih luas (fleksibel) terhadap tempoh persekolahan pendidikan rendah.
  3. Tahun akhir sekolah rendah mewajibkan pelajar-pelajarnya menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian sekolah Rendah (UPSR) untuk lima (5) mata pelajaran iaitu
    1. Bahasa melayu
    2. Bahasa Inggeris
    3. Matematik
    4. Sains
  4. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dirancang untuk membolehkan murid menguasai kemahiran 3M (Membaca, Menulis dan Mengira).
  5. Kenaikan secara automatik ke peringkat menengah dikekalkan
  6. Tahun 1994 penilian PAFA dimasukkan dalam UPSR, PMR dan SPM - Surat Pekeliling Ikhtisas 4/1994.
  7. Tahun 1997 mata pelajaran sains dimasukkan sebagai subjek peperiksaan dalam UPSR.
  8. Tahun 2002 Perlaksanaan PAFA disekolah rendah dan sekolah menengah dilaksanakan - Surat Pekeliling Ikhtisas 17/2002.
  9. Tahun 2003 pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dilakasakan dengan menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris (EteMS)
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/2002 - Perlaksanaan Mata Pelajaran Sains Tahap Satu Sekolah Rendah
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/2002 - Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dalam bahasa Inggeris di sekolah kebangsaan (SK) , sekolah kebangsaan Tamil (SJKT), sekolah menengah (SM) dan tingkatan enam mulai 2003.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home